CABARAN MEMERIAHKAN DUNIA PENDIDIKAN DIGITAL

 

Faktor usia bukan penghalang kepada Cikgu Rosy untuk cuba menambah ilmu dalam menghasilkan karya-karya pendidikan dan menyebarkannya untuk dimanfaatkan oleh guru, pelajar dan pengunjung blog ini. Satu kepuasan apabila dapat memiliki domain sendiri dengan nama www.cikgurosymastura.com dan in shaa Allah domain ini akan terisi dengan perkara yang bermanfaat sahaja. 

Mencipta konten pendidikan sama ada di pelantar youtube mahupun penulisan blog bukanlah satu usaha yang mudah! memerlukan bebarapa kemahiran asas untuk melaksanakannya. Inisiatif ini diusahakan untuk menyuntik semangat untuk mewujudkan suasana 'luar biasa' berbanding sebelum ini boleh dikatakan rata-rata blogger bergerak secara sendirian. Adakalanya apa yang ingin disampaikan 'tidak sampai' kepada penerima dengan pantas. 

2023, Akademi Youtuber akan ketengahkan lebih ramai guru-guru hebat yang bernaung di bawah KPM melalui penerbitan konten-konten pendidikan mereka. Boleh dikatakan kesemua guru ini memiliki kepakaran yang sangat berharga dan konten mereka perlu sampai kepada pengguna dengan promosi dan liputan yang meluas. 

Tidak hanya terbuka kepada para Youtuber AYU, diperluaskan jalinan ini bersama semua guru-guru daripada Edufluencer KPM, Cikgu Juara Digital, Blogger persendirian, Youtuber Persendirian, Youtuber AYU, Guru Inspirasi Mc Donald's dan Ikon-ikon peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Semoga kerjasama ini mengeratkan lagi silarutahim guru-guru hebat di Malaysia dan seterusnya melahirkan lebih banyak karya-karya baru yang sudah pasti kelebihannya akan dimanfaatkan oleh para pelajar seluruh negara.


Sumber: www.cikgusuffi.com

1 Comments

Previous Post Next Post